RM15 (800gm)
Klik LINK di bawah untuk pembelian
KHASIAT GARAM HIMALAYA
DETOKSIFIKASI
✅Menurut kajian, Garam Himalaya mengandungi lebih daripada 80 mineral dan unsur, termasuk kalium, besi dan kalsium. Semua mineral ini membantu proses detoksifikasi semulajadi dan mempromosikan penyingkiran bakteria.
✅KURANG SODIUM
Garam Himalaya mengandungi kurang Sodium berbanding garam masakan yang telah diproses. Lalu mengunakan garam Himalaya dalam masakan tidak menyumbang kepada meningkatkan tekanan darah malah dikatakan boleh membantu menurunkan tekanan darah.
Hampir semua garam masakan biasa yang dijual adalah garam yang diproses dan ia kehilangan banyak mineral asli serta menjadikannya lebih banyak sodium daripada garam Himalaya. Apabila kita memilih garam Himalaya sebagai garam masakan, kesannya tubuh akan lebih mudah dan cepat untuk memprosesnya kerana ia tidak memerlukan banyak air untuk membersihkan natrium yang biasanya pada garam biasa.
Sifat garam Himalaya yang secara semula jadinya kaya dengan iodin (bagi garam biasa, kilang makanan akan menambah iodin tiruan), sangat berkesan membantu tubuh untuk mencapai keseimbangan elektrolit. Ini akan membantu usus untuk menyerap nutrien dan menurunkan tekanan darah.
✅MENCEGAH HIDRASI TUBUH
Garam Himalaya boleh membantu mencegah penghidratan tubuh atau menurunkan kesan hidrasi dengan pantas. Purata tubuh orang dewasa adalah kira-kira 65 peratus air. Sekiranya kita tidak minum lebih 1.9 liter air (yang biasanya dan kebanyakannya tidak), tubuh mengalami hidrasi. Jika kandungan air badan jatuh sebanyak serendah 2 peratus, kita akan merasa penat.
Sama seperti jenama minuman isotonik sukan, garam juga boleh membantu kurangkan atau atasi hidrasi dengan mencampurkan secubit Garam Himalaya ke dalam segelas air lemon. Apabila kita berpeluh atau bersenam, kita kehilangan mineral atau elektrolit dengan cepat. Dengan meminum air lemon dengan secubit garam Himalaya yang kaya dengan mineral selepas senaman boleh membantu tubuh mendapatkan semula tenaga dan menurunkan kadar penghidratannya.
✅AGEN PENGHADAMAN
Garam Himalaya dapat meningkatkan kadar penghadaman pada perut. Kandungan mineral pada garam Himalaya dapat membantu mengimbangi tahap pH tubuh. Apabila tahap pH ini seimbang, tubuh kita mempunyai imuniti yang lebih baik dan lebih mampu memproses dan mencerna makanan dengan lebih efisyen.
✅BANTU TIDUR LENA.
Adakah anda cenderung terjaga di tengah malam atau awal 2 atau 3 pagi? Salah satu sebab boleh berlaku masalah sukar tidur nyenyak adalah terkait dengan kualiti pengambilan garam oleh tubuh. Antara jam 2pagi hingga 4pagi, tekanan tinggi pada hormon stres yang mengalir akan menyebabkan tindakbalas biokimia yang akan menyebabkan gangguan tidur dan mengganggu keupayaan untuk kekal nyenyak tidur. Kajian menunjukkan bahawa diet sodium yang rendah akan menyebabkan jumlah darah akan berkurangan dalam sistem saraf simpatetik, yang seterusnya akan mengaktifkan adrenalin dan tindak balas "aktif" berlaku.Resepi hebat untuk tidur malam yang lena adalah dengan mencampurkan beberapa madu asli dengan secubit Garam Himalaya dan di minum terus atau dibancuhkan dengan teh.
✅AGEN TERAPEUTIK / PENYEMBUHAN
Garam Himalaya menyimpan banyak efek terapeutik kepada tubuh, antaranya adalah:
>> Garam Himalaya yang dicampurkan dalam minyak kelapa amat baik untuk isu kulit yang mengelupas akibat perubahan cuaca.
>> Garam Himalaya bukan hanya untuk garam masakan yang untuk dimakan. Aplikasi sebagai lampu garam Himalaya yang berwarna merah jambu atau merah jingga ini dapat meningkatkan kualiti udara serta membersihkannya.
Pengamal perubatan holistik memberi perhatian kepada lampu garam Himalaya kerana keupayaannya untuk membersihkan kualiti udara dalam sesebuah premis yang akan membantu mengurangkan alahan serta meningkatkan rasa tenang dan selesa.
Garam secara natural memiliki sifat hygroscopic iaitu kemampuan menyerap kelembaban dalam udara. Ini menjadikan permukaannya lembab atau berair. Lampu atau cahaya yang dinyalakan pada bongkah batu garam Himalaya akan menyebabkan air yang diserap olehnya itu mengeluap dengan cepat. Maka ini dapat membantu mengurangkan pembentukan kulat dan fungus dalam persekitan yang lembab dan malap.
>> Selain meningkatkan kualiti udara, lampu garam Himalaya mampu menghasilkan efek untuk meneutralkan kesan radiasi dari gajet elektronik seperti handphone, laptop, komputer, skrin tv dan sebagainya yang kita gunakan seharian.
Lampu garam Himalaya menghasilkan efek cahaya lembut seolah sama seperti kita melihat cahaya lilin atau unggun api. Cahaya malap merah kekuningan ini mampu merehatkan minda dan mencipta suasana romantis dan tenang.
>> Selain itu, lampu garam Himalaya juga menghasilkan sejumlah kecil ion negatif ke udara. Ion negatif hanya ada pada persekitaran semulajadi yang asli seperti di pergunungan, hutan dan pantai. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa ion-ion ini mampu meningkatkan penghasilan serotonin dan ia boleh mengurangkan stres.
>> Garam Himalaya boleh merawat dan menyihatkan kulit. Campurkan sedikit kristal garam dengan minyak zaitun atau minyak kelapa kemudian boleh diaplikasikan kepada tubuh dengan cara menyapukannya pada kulit yang kering atau rosak. Boleh gunakan kain lap yang dihangatkan bagi mengendurkan otot. Atau boleh juga dengan kaedah mandian air suam atau hangat. Terapi ini akan bantu melicin dan melembutkan kulit.
>> Mandian spa dengan campuran garam Himalaya akan mengendur dan melegakan stres pada otot seluruh tubuh.Garam dan air mineral adalah cara yang baik untuk melegakan otot yang sakit atau ketat. Mandian garam menjadikan tubuh mudah menyerap magnesium dan mineral surih yang lain dari garam Himalaya ini. Ia mampu menguatkan tulang dan tisu sendi pada tubuh.
Faktor penuaan dan tekanan hidup sering menyebabkan tulang, sendi dan otot menjadi kejang, sakit atau tidak selesa. Mandian garam merupakan solusi hebat yang dapat memberikan efek segera bagi isu ini.
✅KHASIAT HIDROTERAPI AIS + GARAM
Melalui kaedah hidroterapi ais dan garam Himalaya ini, suhu sejuk dari air dapat memberi efek ransangan kepada tubuh antaranya :
a. Meningkatkan imunisasi melalui tindakbalas tubuh yang cuba untuk memanaskan suhu tubuh semula akan mengaktifkan sistem imunisasi dan menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
b. Melancarkan aliran darah dan ia bagus untuk jantung. Kesan mandian air sejuk menyebabkan arteri darah mengecut (vasoconstriction) yang membantu darah mengalir pada tekanan yang lebih tinggi lalu menjadikan aliran darah lebih lancar.
c. Mengawal thermogenesis iaitu cara tubuh menghasilkan haba dalaman secara semulajadi yang mana ia dapat mengaktifkan sistem pemulihan badan.
d. Meningkatkan metabolisme tubuh melalui pembentukan sel lemak perang yang amat kurang pada orang dewasa.
Sel lemak perang mendapat jolokan ‘perang’ kerana fisiologinya yang terdiri dari banyak mitochondria (banyak zat besi dalam mitochondria yang membuatkan ianya perang) – oleh sebab itu fungsinya adalah lebih kepada menghasilkan haba kepada tubuh badan melalui pembakaran tenaga dalam badan.
Apabila badan kita terdedah dengan ransangan sejuk dari luar, sel lemak perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan. Penghasilan lebih banyak lemak perang akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga dan membantu untuk kurus. Kadar metabolisme badan juga akan meningkat.Penghasilan haba dari luar (exogenous) dapat membuatkan tubuh berpeluh tetapi tidak atau kurang membakar lemak. Manakala endogenous melalui energy metabolism seperti senaman, mandian ais - adalah stimulasi sel lemak perang yang membakar lemak dari dalam.
e. Dapat mengurangkan stres kerana air sejuk boleh meransang “titik biru” pada otak yang merupakan sumber utama noradrenaline untuk tubuh sebagai bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan.
f. Meningkatkan pergerak cecair Limpa - Sistem limpa bertugas sebagai 'tong sampah' bagi membuang kotoran dari sel dan membantu melawan patogen (penyakit). Berbanding urat darah, sistem limpa tidak mengandungi darah tetapi mengandungi cecair limpa yang membuang bahan kotoran dan membawa sel darah putih untuk melawan jangkitan.
Jika darah mengalir kerana di pam oleh jantung, sistem limpa bergantung kepada pengecutan sistem otot tubuh. Maka, mandi air sejuk dapat membantu pengecutan otot limpa dan menyebabkan cecair ini boleh berfungsi di seluruh tubuh.
g. Menguatkan sistem pernafasan.
biasanya seseorang akan menarik nafas panjang sebelum mula mandi air sejuk. Ia tindakbalas biasa badan supaya tubuh bekalkan cukup oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Maka tanpa sedar, habit ini sebenarnya membantu menguatkan paru-paru dan meningkatkan kadar serapan oksigen badan seterusnya menyebabkan badan lebih segar dan kurang letih.
h. Menyihatkan kulit dan rambut.
Air panas sebenarnya akan mengeringkan kulit dan rambut. Sebaliknya, air sejuk boleh membuatkan rambut kita nampak lebih berkilat dan menjadikan kulit lebih sihat dengan mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori. Ini akan mengurangkan potensi ianya tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat.
Air sejuk membantu proses detoks kotoran dan toksin pada kulit yang akan menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda. Air sejuk mmaou menutup kutikel pada rambut dan akan menguatkannya serta mengurangkan kotoran yang boleh menyebabkan scalp pada kepala.
i. Meningkatkan penghasilan Hormon Kesuburan Lelaki.
Sperma lelaki akan berkurang dengan peningkatan suhu atau panas pada mandian. Sebaliknya mandian air sejuk menjana kesuburan sperma.
j. Meningkatkan Aura dan Tenaga.
Mandian air sejuk dan garam boleh menjadikan kita lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya menjadikannya mengalir dengan lebih efisyen ke seluruh badan. Warna kemerahan atau jingga membawa aura stamina, keyakinan, semangat, kekuatan, kestabilan dan perisai diri.
☎️☎️☎️☎️☎️☎️☎️☎️☎️☎️☎️☎️
KLIK LINK DIBAWAH untuk belian:
AktifOtak adalah merupakan sebuah Pusat Terapi anak-anak autism dan juga anak-anak yang mengalami masalah perkembangan.
Layari www.klinikaktifotak.com
0 comments:
Post a Comment